KELEBIHAN MENINGGAL PADA HARI JUMAAT

Assalammualaikum w.b.t.

Lamanya Yaya tak update entri..Line internet kat rumah kurang..memang slow giler. Tension sampai naik pimples kat muka ni tau..huhu. Ni pun saje update sekejap dekat office. =p

Malas nak 'mukaddimah' panjang2..bukan korang baca sangat pon kan kan (eleh ingat Yaya xtau ke..sebab Yaya pun sama..lol ^o^ )

Salam Jumaat buat semua yang baca entri Yaya ni..(kalau ada..huhu >,<) Sempena hari yang penuh barakah ni, saja nak share info yang Yaya sendiri ambil dari sumber-sumber tertentu (ecehh.Ingat wartawan kee.. =_=) sebabnya pun tentu ramai yang tahu tentang kelebihan hari Jumaat ni kan. Tidak kira apa ibadah yang kita lakukan,jika niat semata mencari REDHA ALLAH, InsyaAllah ada ganjarannya di situ. 

Rasulullah SAW bersabda :
“Tiada seorang pun daripada kalangan orang muslim yang 
meninggal dunia pada hari jumaaat atau pada malam jumaat 
melainkan dia dipelihara oleh Allah SWT daripada azab kubur.”
( Imam At-Tarmizi )

Kebanyakan ulama’ hadis berpendapat bahawa hadis ini adalah hadis dho’if (lemah).Maka hadis dho’if tidak boleh dijadikan sandaran dalam perkara yang berkaitan dengan aqidah (kerana azab kubur merupakan perkara ghaib yang wajib diimani dan merupakan sebahagian dari pegangan aqidah umat islam).

Namun antara syarat untuk beramal dengannya adalah tidak meyakini sepenuhnya ia datang dari Nabi SAW. Dalam erti kata yang lain, kita tidak boleh meyakini 100% bahawa orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat akan dipelihara oleh azab kubur merujuk kepada taraf hadis tersebut.

Kerana sesungguhnya apa yang membantu seseorang muslim itu didalam kubur nanti adalah amalannya, bahkan ramai daripada kalangan Sahabat -radhiallahu ‘anhum- yang meninggal dunia pada hari selain daripada hari Jumaat. Saidina Abu Bakar r.a sendiri meninggal dunia pada hari selasa menurut satu riwayat akan tetapi beliau sendiri telah dijanjikan syurga baginya.

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya hanya disisi Allah ilmu tentang hari kiamat;
dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam Rahim.
Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti)
apa yang akan dikerjakannya esok, dan tidak ada seorang pun
yang dapat mengetahui dibumi mana dia akan mati.Sungguh,
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Al-Luqman : 24)

Sesungguhnya manusia tidak mengetahui dimana dan bila dia akan mati kerana ilmu tentang kematian milik Allah SWT secara mutlak. Oleh sebab itu,yang lebih penting bagi seorang hamba itu adalah beramal dengan amal yang soleh serta mencari keredhaan-Nya dalam setiap perkara yang dilakukan. 

Wallahua’lam.
 (Sumber : www.islamituindah.my)

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement