Assalammualaikum w.b.t
Sekadar perkongsian..TAKE NOTED for those yang baru tahu and just REFRESH pada yang telah mengetahui sebelum ni.. ^_^
Bacaan dalam Rumi dan Makna ayat
1) Bismillahir Rahmanir Rahiim - Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Bismillahish Shaafii - Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Bismillahil Kaafii - Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Bismillahil Mu’aafii - Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim - Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’:
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
Kaedah Merawat:
- Letakkan tangan di tempat yang sakit.
- Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
- Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
- Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
- Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
- Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
- Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
- Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
Amalan Bismillah 5:
* Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
* Amalkan membaca ‘Bismillah 5', sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
* Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
* Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
* Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan
Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan
Maha Memberi Pertolongan.’
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/04/12/khasiat-bismillah-5/
http://mutiarasyifa.sekolah4u.com/amalan-bismillah-5/
Mari sama2 amalkan..Moga dapat memberi manfaat..
Sekian,Wassalam..=)
Catat Ulasan