JIMAT DI MUSIM PERAYAAN

Assalammualaikum w.b.t.

Macam awal sangat la pulak kan kalau nak cakap pasal raya ni. Tapi mungkin juga tak awal..yela, sebab nk buat persiapan raya ni memang perlu buat perancangan awal.Baru lah kita boleh nak buat bajet berapa,kan. Ada sesetengah orang, awal tahun lagi da buat bajet untuk raya nanti, yela, nak semua nanti lengkap..xda yang kurang..huhu Takkan lah nanti nak raya baru beli semua barang, ye x??. Bijak dalam perbelanjaan itu perlu..! huhu So, kat sini, Yaya SHARE kan je tips ni kat korang ye. Hope, takdelah sampai ada yang tak cukup or terpaksa pinjam meminjam pula..please DON'T ok..nanti ponin pale pikir nak bayar balik plak..kalau orang sedekah xpela juga..hiks! ;p

Sememangya banyak perbelanjaan perlu dikeluarkan ketika persediaan musim perayaan, namun dengan sedikit perancangan dan kawalan, perbelanjaan juga dapat diminimumkan supaya tahun ini, kita berada dalam bajet perbelanjaan musim perayaan.

Berikut enam(6) tip untuk berjimat ketika musim perayaan:

1. Lebih awal lebih baik

Tip pertama untuk kita bersiap sedia lebih awal. Ertinya, cara terbaik dalam menguruskan kewangan dan perbelanjaan ketika bulan Ramadan adalah dengan tidak hanya tertumpu pada Ramadhan dan musim perayaan untuk membeli.

Sebaiknya, bersedia lebih awal sepanjang tahun sedikit demi sedikit dalam persiapan musim perayaan. Dengan cara ini, sejumlah wang yang besar tidak perlu dibelanjakan khusus untuk perayaan. Tetapi, segala perbelanjaan beli-belah diagihkan sepanjang tahun sikit demi sedikit sebagai persiapan musim perayaan.

2. Sediakan senarai
Senaraikan perbelanjaan yang diperlukan. Dengan merancang perbelanjaan sebelum tiba musim membeli, ia dapat menjadikan tabiat pembelian kita lebih terkawal. Lakukan perancangan dengan menyenaraikan perbelanjaan mengikut kepentingan. Apa yang penting ditempatkan di bahagian atas senarai dan apa yang kurang penting di bahagian bawah senarai itu. Tetapkan juga perbelanjaan yang mungkin tergolong dalam kategori tidak penting langsung. Sememangnya ada! Dan perbelanjaan sebegini yang akan tergolong dalam pembaziran.

Dengan menyenaraikan barangan yang perlu dibeli mengikut kepentingan dan keutamaan, ini satu perancangan kewangan asas dalam menyediakan kita menghadapi musim membeli-belah ketika Ramadan. Elakkan daripada membeli apa yang tidak terdapat dalam senarai kita. Latih diri untuk mengawal perbelanjaan mengikut senarai yang sudah dibuat.

3. Gunakan Internet
Tidak seperti dulu, kini perbandingan harga amat mudah dilakukan melalui Internet. Lakukan penyelidikan dan perbandingan harga secara dalam talian mengenai barangan yang perlu beli terutama sesuatu yang mahal. Cari jalan dan cara anda dapat menjimatkan wang dalam pembelian musim perayaan dengan penyelidikan di Internet.

Mungkin di sesetengah tempat, anda boleh dapatkan barangan yang anda inginkan pada harga yang lebih murah berbanding tempat lain. Segala pengurangan belanja adalah satu penjimatan bagi anda.

Penyelidikan juga bukan hanya fokus pada membandingkan harga, tetapi juga daripada ulasan atau cadangan pengguna lain supaya lebih mudah anda dapat melakukan keputusan pembelian yang tepat. Mungkin selepas membaca cadangan pengguna lain, anda mengambil keputusan tidak membeli sesuatu itu maka, penjimatan sudah dilakukan!

4. Ambil kesempatan jualan murah
Musim perayaan semestinya terkenal dengan jualan istimewa dan diskaun hebat. Namun perlu berhati-hati juga dengan perniagaan yang tidak bertanggungjawab mengiklankan tawaran yang pelbagai tetapi sebenarnya pada harga yang lebih mahal.

Sebab ini, pentingnya penyelidikan dan persediaan awal. Adakah harga selepas diskaun benar-benar rendah atau hanya sekadar teknik memainkan emosi anda untuk membeli?
Ketika musim perayaan, emosi pembelian kian memuncak. Emosi ini yang menarik pembeli untuk melakukan pembelian yang kadangkala tidak diperlukan. Dengan merancang perbelanjaan dan mengikuti senarai perancangan yang sudah dilakukan, emosi ketika jualan murah lebih mudah dikawal.

5. Tunggu dulu
Ada juga pesanan daripada pembeli musim perayaan untuk tidak gelojoh membeli ketika awal Ramadan. Sebabnya apabila di penghujung Ramadan, harga barangan akan jatuh lebih rendah untuk menghabiskan stok. Betul juga pesanan itu kerana barangan musim perayaan sering cuba dihabiskan ketika Ramadan. Sekiranya boleh, ambil peluang ini. Sememangnya betul, pilihan akan menjadi kurang di akhir Ramadan tetapi tepuk dada tanya selera. Mungkin ini boleh menjadi strategi perbelanjaan anda tahun ini.

6. Ambil kesempatan berniaga?
Apabila menyebut mengenai tip menjimat wang, pastinya tidak lari juga dengan isu menjana wang. Sekiranya mendapat wang tambahan, maka lebih selesa perbelanjaan dan lebih banyak dapat disimpan.

Seperti yang dikatakan, Ramadan bulan yang dilimpahi dengan pelbagai rezeki keberkatan. Mana tahu, inilah masanya untuk anda memulakan perniagaan mendapat rezeki keuntungan perniagaan yang berkat? Betul tak?
(Edit : Yaya, sumber : HMetro online)
Sekian,Wassalam.. =)

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement