SEKADAR RENUNGAN : REDHA HATI

Assalammualaikum w.b.t.


Sepanjang kita hidup ni, pasti akan ada suatu peristiwa berlaku yang memang menyakitkan hati, mengecewakan hati kita,kan. Tak kira lah dalam apa jua hal, dalam pelajaran ke, kerja mahupun dalam percintaan.

Adakala kita selalu tertanya mengapa?, kenapa perkara itu boleh terjadi pada kita..? kenapa kita yang kena lalui perkara yang menyakitkan itu.?dan macam-macam lagi. Itu semua adalah persoalan-persoalan orang yang tidak beriman, tidak yakin dengan Allah, mudah putus asa..maaf dengan kata-kata ni tapi itulah hakikatnya.

Yaya sendiri akui ianya pernah berlaku pada Yaya dulu. Waktu diri jahil lagi. Tak tahu nak fikir dengan baik. Tapi bila dah dewasa ni, bila mencuba untuk menjadi n berubah kepada yang lebih baik dari diri sebelum ini, barulah temui jawapan kepada semua persoalan dahulu..

Kita perlu memperbanyakkan ingat ALLAH SWT, berusaha mendekatkan diri denganNYA walau banyak gangguan/godaan dunia yang mendatang. Sentiasa bersangka baik padaNYA..Yakin dengan takdir yang DIA telah tetapkan sejak di LUH MAHFUZ lagi..

Yakin! DIA akan beri yang terbaik, yang sesuai dengan diri kita..fikirkan semua itu, INSYAALLAH, hati akan jadi lebih tenang, mudah terima apa jua yang bakal berlaku pada diri..kenapa? kerana diri telah yakin denganNYA..DIA sentiasa dekat dengan kita, bahkan lebih dekat dari urat leher kita sendiri.kita je yang terkadang terlupa akan NYA, menjauhkan diri dari NYA..ASTAGHFIRULLAHALA'ZIM..sentiasa basahkan lidah dengan perbanyakkan ISTIGHFAR, memohon ampun padaNYA..moga kita semua sentiasa berada dalam LINDUNGAN-NYA, dijauhkan dari perkara yang tidak baik, yang memudaratkan..amin

Renung2kan..
Sekian,Wassalam...

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement