12 KEGUNAAN CUKA EPAL

Assalammualaikum w.b.t.

Lama dah Yaya beli cuka epal kat rumah ni..memula je minum cenggitu campur dengan air suam, tapi kejap je la..pastu xde minum dah..terfikir jugak ada apa2 resepi makan or minum ang menggunakan bahan cuka epal ni tak..rimas juga tengok ada kat rumah ni jadi hiasan plak..haha. Tapi sekarang jumpa dah..hehe..so sesaja nak share dengan korang, mana tau sama cam Yaya jugak. ^,^ Resepi ni lebih kepada untuk kesihatan ye..
12 Kegunaan Cuka Epal Untuk Kesihatan
  1. Sakit Perut - campurkan 2 sudu makan cuka epal makan bersama 200ml air dapat membantu mematikan bakteria dalam perut.
  2. Melancarkan Penghadaman - campurkan 1 sudu makan cuka epal + 1 sudu makan madu ke dalam 100ml air suam dan minum 30minit sebelum makan.
  3. Sakit Tekak - campurkan segelas air suam dengan setengah sudu cuka epal dan minum setiap 2jam sekali.
  4. Facial - campurkan secawan cuka epal bersama dua cawan air dan isikan dalam bekas. Goncangkan. Ambil kapas / tuala cotton dan sapu pada kulit.
  5. Rambut bersinar - 2/3X seminggu. Secawan cuka epal bersama dua cawan air dan isikan dalam bekas. Goncangkan dan guna selepas shampoo di rambut.
  6. Kuruskan Badan - tingkatkan metabolism badan dengan amalkan 1 sudu cuka epal 200ml air mineral dan amalkan setiap pagi.
  7. Nafas Berbau - Kumur dengan setengah sudu makan cuka epal dan secawan air setiap hari
  8. Kencing Manis - 1 sudu makan cuka epal dan 200ml air setiap pagi membantu mengawal paras gula dalam badan.
  9. Selulit - Campurkan 3 nisbah cuka epal kepada 1 nisbah minyak Vitamin E dan urut pada perut 2X sehari.
  10. Cirit-Birit - Tambahkan 2 sudu makan cuka epal ke dalam 250ml air dan ambil 3X sehari.
  11. Membersihkan Rumah - Campurkan setengah cawan cuka epal dengan secawan air dan boleh guna untuk bersihkan bilik mandi,dapur,cermin..
  12. Menambahkan Tenaga - campurkan 2sudu makan cuka epal ke dalam 250ml air sebelum bersenam. 
Wee beshnyer yang no.6 tu..hahah..semua beshla..ok.da boleh start amalkan dari sekarang..heee..korang pun rajin2lah amalkan ye..untuk kesihatan badan. InsyaAllah. ^_^

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement