MERAIH CINTA ILLAHI

Assalammualaikum w.b.t.

Rasa macam xbest pula bia blog ni lelama xber-hupdate!huhu..even xde orang nak mai baca pun.. ngeeee Xpelah...xmau baca,pandang jap pun jadilah..mana info yang boleh diguna pakai tu,gunakalah sebaiknya,ye..hehe Actually xde perkara nak update tentang life Yaya coz xde news yang happen, eh tipulah kalau xde.ADA...tapi banyak nyer xperlu nak di-share kot..personal things la katekan..haha lagipun xmau jadikan blog sebagai DIARI ONLINE...mana yang boleh dishare,share je la sesama, mana yang xboleh tu,tu yang Yaya sonyappp jooo blog ni..hehe

But today, nak share something....tentang CINTA...Cinta kepada Allah, itulah yang hakiki, yang kekal selamanya. Adapun cinta kepada makhlukNya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Bukan kerana pujuk rayu syaitan, bukan juga kerana desakan nafsu yang menggoda. 

Cintailah Allah, berusahalah untuk menggapai cintaNya. Menurut Ibnu Qayyim, ada 10 perkara yang menyebabkan orang mencintai Allah SWT:
1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik.
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat sunat sesudah solat wajib.
3. Selalu menyebut dan berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan dan perbuatan.
4. Mengutamakan kehendak Allah di saat berbenturan dengan kehendak hawa nafsu.
5. Menanamkan dalam hati asma’dan sifat-sifatnya dan memahami maknanya.
6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita.
7. Menundukkan hati dan diri ke pangkuan Allah.
8. Menyendiri bermunajat dan membaca kitab sucinya di waktu malam ketika 
orang sedang nyenyak tidur.
9. Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang soleh, mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.
10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.

Saling mencintailah kerana Allah agar dapat mendapatkan kecintaan Allah. Dalam hadith Qudsi Allah berfirman; 
"CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling berkorban keranaKu, dan CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang menyambung hubungan keranaKu"

Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagunganNya, nescaya akan mendapatkan naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya.

Nasa'i meriwayatkan dengan sanad dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda; 
"Di sekeliling Arasy, terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang 
berpakaian dan berwajah cahaya pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi para nabi 
dan syuhada merasa iri terhadap mereka" Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, beritahulah kami tentang mereka!"Beliau bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah"

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga" AMINN...

Sekian,Wassalam.. =)

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement