Assalammualaikum w.b.t.
Sebenarnya masih ramai peniaga sangat berkira untuk berkongsi perniagaannya bersama orang lain atau makhluk Allah lain. Contohnya, apabila ada kucing datang meminta makanan, dihalau terus haiwan itu.
Malah, ada yang keterlaluan hingga sanggup menyimbah kucing dengan air atau minyak panas hingga melecur hanya disebabkan haiwan itu masuk dan mengintai makanan.
Begitu juga dengan tanggapan sesetengah masyarakat kononnya kucing hanya layak menerima sisa makanan atau makanan basi. Ia kerana mereka rasa rugi besar untuk memberi makanan elok kepada haiwan ini.
Saya juga tersentuh untuk berkongsi sikap segelintir peniaga yang terlalu berkira dengan pelanggan. Pada zaman bujang dulu, saya pernah singgah ke pasar malam untuk membeli makanan.
Saya pergi ke sebuah gerai untuk membeli nasi campur dan meminta peniaga itu membungkuskan ikan bilis sambal pada harga RM2. Ketika itu saya masih bujang dan lauk yang dibeli hanya untuk saya makan seorang. Kalau beli banyak dan tak habis, membazir pula nanti.
Namun peniaga itu menjawab: “Minta maaf, kalau nak beli paling sikit RM4.”
Saya menjelaskan bahawa lauk itu untuk saya seorang saja makan tetapi dia bertegas tidak mahu melayan saya lagi.
Saya hairan mengapa perlu terlalu berkira. Bukannya saya minta percuma, cuma mahu membeli dalam kuantiti yang sedikit. Pada saya, jika pelanggan minta sedikit, letak saja sedikit. Bukankah menyampaikan hajat orang itu sangat besar ganjarannya.
Sebenarnya inilah masalah yang dalam kebanyakan kita pada hari ini. Selalu menginginkan rezeki yang banyak dan terbaik tapi tidak sedia untuk memberi yang terbaik daripada kita. Kita kadangkala tidak percaya kepada ‘The Power of Giving’.
Pepatah ada mengatakan, ‘The more you give, the more you will get back.’ (Lebih banyak yang kita beri, lebih banyak yang kita dapat balik). Inilah rahsia sahabat Nabi SAW seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Abdul Rahman Auf, jutawan yang sering memberikan hartanya yang terbaik pada perjuangan Islam.
Natijahnya, sahabat berkenaan dijanjikan Rasulullah SAW sebagai ahli syurga sewaktu hayat mereka lagi. Tanyalah juga kepada jutawan di Malaysia, pasti ada cerita dan rahsia di sebalik rezeki mereka yang melimpah-ruah dan tidak putus-putus itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Februari 2015 @ 1:36 AM
Oleh Mohd Hassan Adli Yahya
(Harian Metro)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Saja nak berkongsi. Membaca artikel ni membuatkan Yaya muhasabah diri sendiri. Ia bukan hendak dikata pada peniaga-peniaga je tapi untuk kita semua juga. Sememangnya kadangkala kita terlalu takut untuk memberi atau berkongsi rezki yang telah Allah SWT beri ni dengan orang atau makhluk Allah yang lain. Mungkin risau perbelanjaan kita akan berkurang atau tidak mencukupi. ALLAHUAKBAR. Percaya dan yakinkanlah diri kita sendiri bahawa rezki itu ditangan Allah. Bila kita yakin rezki itu Allah yang beri, pasti kita akan sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. InsyaAllah.
Sekian,Wassalam...=)
Catat Ulasan