Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang bernama Abu Dujanah r.a pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang perkara aneh yang dialaminya ketika di tempat tidur. Abu Dujanah telah mendengar bunyi kisaran dan dengung seperti bunyi lebah serta percikan api.
Ketika mengangkat kepalanya dia melihat bayangan hitam tinggi mencecah atap rumah. Beliau memberanikan diri menyentuh makhluk tersebut.Tiba tiba dia terasa seperti menyentuk landak yang berduri. Makhluk itu melontarkan percikan api ke mukanya. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda mengatakan itulah jin penunggu rumah.
Baginda lantas meminta kertas dan dakwat serta menyuruh Syaidina Ali menuliskan ayat ayat di bawah (seperti dalam gambar) yang bermaksud: “Ini adalah surat daripada Muhammad Pesuruh Allah Tuhan Semesta Alam kepada yang datang ke rumah daripada kalangan jin, penghuni dan pengunjung kecuali yang datang berkunjung dengan baik. Adapun selepas itu ..Sesungguh terdapat bagi kami dan kamu kelapangan,sekiranya kamu amat mencintai dan menyukai atau kamu adalah penjahat dan penceroboh atau kamu adalah penggembala yang melakukan perbuatan salah, maka ini adalah sepucuk surat daripada Allah yang bercakap ke atas kami dan kamu dengar benar (Sesungguhnya kami akan menghapuskan apa sahaja yang kamu lakukan) Dan utusan utusan Kami(para malaikat) yang sentiasa berada di sisi mereka akan mencatat apa sahaja yang mereka lakukan.
Abu Dujanah kemudiannya meletakkan surat Rasulullah itu di bawah kepalanya ketika tidur. Tiba tiba dia terkejut daripada tidur apabila terdengar jeritan suara: “Wahai Abu Dujanah,kamu telah membakar kami dengan kalimat kalimat ini. Demi kebenaran sahabat mu (Rasulullah) angkatlah ia (surat) dan jauhkan daripada kami. Kami tidak selamat kecuali kamu mengangkatnya.Tidak ada lagi tempat untuk kami di rumah kamu, jiran jiran kamu dan di mana mana tempat yang terdapat tulisan ini”. Abu Dujanah menegaskan beliau tidak akan mengangkat surat tersebut melainkan dengan izin Rasulullah.
Pada malam tersebut kedengaran teriakan tangisan dan jeritan jin jin yang menumpang di rumah beliau hingga ke Subuh. Mereka seperti kesakitan apabila surat Rasulullah itu berada di dalam rumah Abu Dujanah. Selepas Abu Dujanah menceritakan kisah ini kepada Rasulullah, baginda lalu bersabda: “Maka demi jiwa yang mengutusku demi kebenaran sebagai seorang nabi, sesungguhnya mereka itu (jin) akan merasa azab sehingga hari kiamat nanti”.
Kisah Abu Dujanah Dan Jin Penunggu Rumah ini adalah bersumberkan kitab kitab rujukan:
At Tazkirah: Imam Qurtubi
Dala ilul Nubuwah: Imam Al Baihaqi
Kazinatul Asrar:Syeikh Muhammad Haqqi an Nazili
Daru’ul Wiqayah:Syeikh Dr Sayyid Muhammad b. Alawi al Maliki al Hasani
Catat Ulasan